Tuesday, 12 June 2012

Merekabentuk ruang berdasarkan fungsi lebih mudah dari membentuk ruang yang mempunyai jiwa. Fungsi bermakna praktikal dari dalam memenuhi aktiviti pengguna tetapi berjiwa..... bagaimana mengenal jiwa seorang Islam..... apa bezanya dengan jiwa seorang yang beragama lain.... ruang yang berjaya harus membentuk mendorong keperibadian dan jiwa seorang Muslim di dalam memenuhi keperluan ibadat sebanyak mungkin. Adakah designer Muslim hari ini berjaya membawa pengguna ruang itu menghampiri keimanan . Moga persoalan ini membantu membawa pemikiran yang lebih dewasa dikalangan  anak-anak designer...

Tuesday, 5 June 2012

Aku cuba menyelami kaedah terbaik menjadikan bidang kepakaran aku sebagai cabang keilmuan yang di redhai oleh Allah . Masyarakat umumnya termasuk mereka yang berada di kalangan ahli akademik sendiri sering melihat 'designer ' sebagai kelompok non-islamik. Seringkali 'designer' di dilihat secara skeptikal sebagai kelompok yang amat rendah nilai agama baik dari segi professionalnya atau etika perilakunya.  Menyanggah persepsi negatif ini, 'designers' diberi kelebihan kreativiti oleh maha pencipta kreativiti dan kepakaran bagi melahirkan ciptaan yang hebat bagi memenuhi keperluan ibadat umat islam.