Prinsip Islam Di Dalam Ruang Kediaman Muslim
Oleh
Muhammad Suhaimi Musa
PM Dr. Anuar Talib
PM Dr. Mohd Dani Muhamad
Universiti Teknologi Mara
40450 Shah alam
suhaimimusa@gmail.com
anuarfaqir@gmail.com
mohddanimuhamad@yahoo.com.my
Abstrak
Ruang kediaman bagi Muslim adalah refleksi
keperabadian Muslim dan masyarakatnya. Kediaman yang bersih dan teratur
mencerminkan keutuhan keperibadian, adab dan tingkahlaku penghuninya terhadap
Tuhannya. Ini telah dibuktikan oleh rekabentuk kediaman di awal Islam (bermula
tahun pertama Hijrah) terdahulu bahawa
unsur-unsur fizikal (lantai, dinding, siling, pintu, tingkap dan sebagainya)
dan spiritual (adab dan tingkahlaku, kepercayaan, ibadat) di dalam rekabentuk
kediaman Muslim saling memerlukan. Pengalaman dan rujukan di dalam rekabentuk
kediaman terdahulu adalah rujukan penting kepada rekabentuk kediaman Muslim
pada hari ini. Tafsiran kediaman Barat yang berasaskan manusia sebagai intipati
rekabentuk (human centered)
merangkumi aspek fungsional dan estetika semata-mata harus disangkal. Aspek
spriritual (tauhid) yang mendominasi rekabentuk kediaman Islam di pandang
sebelah mata. Akibatnya rekabentuk kediaman hari ini menjadi amat ringkas, lesu
tanpa jiwa kerana pengabaian terhadap elemen spritual dan ketauhidan ini.
Rekabentuk Islam yang berasaskan Tauhid dan ketuhanan dikatakan hanya berlaku
di rumah Ibadat seperti Masjid, Madrasah dan Istana sahaja. Kertas kerja ini
akan membincangkan keperluan elemen-elemen rekabentuk ini untuk pembentukan
peribadi keluarga Muslim. Elemen rekabentuk seperti lantai, dinding dan siling
beserta elemen- elemen pintu, tingkap , siling, bilik dan lain-lain dikupas
berdasarkan adab islami dan keperluan shariah. Antara persoalan yang akan di bincangkan
ialah isu privasi, aurat, isu kejiranan, tandas, laluan, keselesaan yang
mempunyai hubungkait dengan pembentukan keperibadian Muslim di dalam kediaman
Muslim tradisional lampau dan kediaman moden pada hari ini. Kertas kerja ini di
harap memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan elemen – elemen
rekabentuk kediaman di dalam pembangunan akhlak Muslim pada generasi hari ini.
Kata kunci: Konsep Kediaman, Ruang,
tradisional,Muslim
Kertas kerja
ini dibentangkan di KAIB2011( Konferensi Antarabangsa Islam Borneo IV) di
Universitas Mulawarman, Kalimantan Timur,Indonesia, 26-27 Oktober, 2011
1.
PENGENALAN
Produk kediaman menurut Islam merupakan satu keperluan
kepada masyarakat Islam di dalam membantu pembangunan keluarga agar menjadi
seorang Individu Muslim yang menepati kehendak dan karaktor yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T. Persoalan yang timbul adakah perumahan yang
disediakan pada hari ini menepati kehendak dan keperluan ke arah itu?. Dengan
kehadiran banyak produk-produk lain seperti di dalam bidang perbankan dan
sebagainya, produk perumahan sewajarnya juga harus menepati keperluan ummah masakini.
Kewajiban menyediakan ruang kediaman yang menepati kehendak shariah merangkumi
keseluruhan strata hirarki masyarakat Muslim. Perbezaan fungsi kediaman samada
sebuah istana atau sebuah pondok kecil tidak membataskan kewajiban untuk
memenuhi keperluan shariah di dalamnya. Kertas kerja ini bertujuan untuk
mengupas prinsip-prinsip Islam yang sepatutnya wujud di dalam rekabentuk rumah
moden pada hari ini ini (yang mengikut acuan Barat). Dua kajian kes yang
mempunyai latarbelakang fungsi, tempat, dan budaya yang berbeza dirujuk bagi
melihat kewujudan prinsip Islam di dalam ruang kediaman tradisional di Alam
Melayu yang sepatutnya di kekalkan.
2.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Di dalam membicarakan ruang kediaman Islam, kita harus
memahami sistem sosial muslim secara umum sebelum membicarakanya secara
terperinci. Sistem perbandaran Islam berlandaskan sistem kemasyarakatan Islam
yang berlandaskan Shariah sebagai undang-undang kehidupan Muslim. Masyarakat Islam tradisional menjalani
kehidupan mereka dengan asas shariah dan ketauhidan sebagaimana di tentukan
oleh Al Qur’an dan As-sunnah.
Traditional Islam
defends the Shari'ah completely
as the Divine Law as it has been understood and interpreted over the centuries
and as it has been crystallized in the classical schools (madhahib) of Law. Moreover, it
accepts the possibility of giving fresh views on the basis of legal principles (ijtihad), as well as making use of
other means of applying the Law to newly-created situations, but always
according to such traditional legal principles as qiyas, ijma' and istihsan.
Moreover, for traditional Islam, all morality is derived from the Quran
and Hadith and, in a more
concrete manner, from the Shari'ah. (Nasr,
1987)
Seorang Muslim
yang harus menjalani kehidupan berdasarkan keperluan syariah yang
bersandarkan Al Qur’an dan Hadith memerlukan persekitaran dan ruang lingkup
fizikal Islam yang juga harus memenuhi kriteria syariah. Maka kerangka sosial
Muslim (ibadat dan muamalat) dan kerangka fizikal (perbandaran Islam, kediaman)
adalah saling memerlukan. Nasr (1987) menjelaskan
As far as social life
is concerned, the traditional perspective insists upon Shari'ite institutions
and units, such as the family, the village and local urban quarters, and
generally upon a social fabric based on the bonds created by religion.
Pembentukan kediaman Islam adalah berdasarkan
kepada dua mekanisme iaitu undang-undang
Islam (dikenali juga sebagai undang-undang syariah) dan keadaan dan
persekitaran setempat dikenali sebagai Urf
( عرف). Urf menjadikan rekabentuk
ruang perlu ditafsir berdasarkan keperluan dan budaya setempat selagi ia
memenuhi kehendak Islam (Mortada,2003). Adat dan budaya setempat membuatkan
rekabentuk kediaman Muslim berbeza dari segi rupa tetapi selari dari segi
prinsip. Ini telah terbukti melalui rekabentuk rumah tradisional Muslim samada
di negara Arab, Malaysia atau Indonesia.
3.
DEFINISI RUMAH MUSLIM
Menurut
Hakim(1986) dan Josef W. Meri (2006), terdapat dua perkataaan yang kebiasaanya
dirujuk untuk rumah atau kediaman di dalam bahasa Arab iaitu pertama ‘Dar’ yang berasal dari perkataan dar-a bermaksud mengelilingi ( to
surround, an enclosure), kebiasaannya dirujuk kepada rumah yang besar seperti
istana, banglo. Manakala kedua ; bayt
bermaksud tempat berlindung yang tertutup (a
cover shelter). Ia berasal dari perkataan ba-ta bermaksud tempat
meluangkan masa untuk semalaman (to spend
the night) merujuk kepada rumah yang kecil , pangsapuri atau bilik.
Manakala di dalam Encyclopaedia of
the Qur’an menyatakan terdapat empat perkataan Arab yang merujuk kepada
rumah di dalam Al- Quran iaitu bayt (pl. buyūt), dār (pl. diyār), sakan dan ghurfa. Manakala
terdapat tiga perkataan terbitan daripada perkataan asal iaitu ma_wā, “shelter,
refuge,” (from awā), mathwā, “dwelling”
(daripada thawā), dan maskin, “dwelling”
(daripada sakana). Perkataan-perkataan
ini telah di sebut sebanyak 164 kali di dalam al Qur’an kebanyakkannya di dalam
surah-surah ‘Madaniyyah manakala satu per tiga lagi di turunkan di surah-surah Makiyah.
Sebagai tambahan terdapat beberapa perkataan yang lain di rujuk kepada istana
iaitu (sarh dan qasr, pl. qusur). Perkataan
lain yang masih merujuk kepada tempat tinggal ialah kata kerja bawwa’a,bermaksud “to provide accommodations” dan mustaqarr, “tempat
berehat” atau “tempat tinggal.” Perkataan Manzil, walaupun
bermaksud ‘rumah’ tiada dinyatakan di dalam al qur’an . Hanya kata gandanya
sahaja iaitu [manazil] muncul dua kali iaitu
merujuk kepada bulan (McAuliffe, 2001).
Di dalam Dictionary Of
Architecture And Building Construction (Nikolas, 2008) rumah di maksudkan
sebagai tempat penginapan (dwelling)
yang berdiri bebas (free standing)
dengan ruang tempat tinggal untuk satu unit keluarga.
Pandangan Yusof Qardawi (1997) iaitu tempat
kediaman bagi muslim ialah tempat di mana muslim wajib mempertahankan dirinya
dari elemen-elemen luar dimana dia akan merasa bebas dari kekangan serta
tekanan dari masyarakat sekeliling. Maka rumah harus mempunyai elemen yang menyenangkan
dan merehatkan diri. Ini bertepatan dengan firman Allah
Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat
tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (kemah-kemah) dari kulit
binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa) nya di waktu kamu berjalan
dan waktu kamu bermukim dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu domba, bulu unta dan
bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai
waktu (tertentu). (Al- Nahl: 80)
Merujuk kepada ayat di atas Yusof Ali (1999) pada
nota kaki menyatakan terdapat tiga kualiti pada umat manusia yang perlu di
gunakan bagi membentuk rumah yang yang
baik serta di redai Allah iaitu elemen sosial (hubungan sesama manusia), intelektual (penggunaan teknologi) dan spiritual
(hubungan dengan Allah). Rumah harus berobjektif
untuk menggalakkan proses keimanan agar muslim mampu mencapai peringkat tertinggi
di dalam hubungan mereka dengan Allah. Malah pandangan barat terhadap terhadap
kepentingan rumah yang baik rekabentuknya selari dengan kehendak agama Islam. Byran (2001) menyatakan gabungan diantara struktur,
persekitaran dan objek adalah medium komunikasi yang akan mempengaruhi penghuni
di dalamnya. Maka jurureka atau akitek wajar memanupulasikan tiga faktor
tersebut di dalam merekabentuk rumah orang Muslim.
Fungsi
rumah selaku pusat aktiviti keluarga wajar memenuhi keperluan jasmani dan
rohani (Shirly, 2004). Maka wajar rumah itu dibangunkan selaras dengan kehendak
shariah. Kesimpulannya kediaman di dalam
Islam perlu mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan ajaran Islam iaitu
1.
Tempat untuk
membangunkan keluarga, membentuk peribadi Muslim yang sejati ke atas anak-anak
dan ahli keluarga.
2.
Ruang menenangkan
hati, jiwa dan merehatkan diri
3.
Ruang yang
terasing dari dunia luar
4.
Ruang latihan
untuk bersosial berlandaskan kehendak adab-adab Islam.
5.
Ruang untuk
mendekatkan diri kepada Allah agar mencapai tahap tertinggi keimanan.
6.
Penggunaan
teknologi dan teknik terkini bersesuaian dengan keadaan semasa selagi ia dapat
membantu mencapai tahap keselesaan lantas meningkatkan hubungan dengan Allah.
4.
ASAS REKABENTUK KEDIAMAN
DI DALAM ISLAM
Untuk mencapai kriteria rekabentuk maksimum
kediaman di dalam Islam, asas berikut harus di fahami oleh jurureka, akitek dan
mereka yang terbabit di dalam proses rekabentuk kediaman Muslim.
A.
Konsep Hubungan
i.
Individu
Individu wajar dibenarkan untuk mempunyai masa dan
ruang peribadi untuk melakukan perkara-perkara yang di sukai, keperluan untuk
beribadat dan melakukan rutin harian yang lain. Di antara contoh aktiviti
peribadi yang memerlukan ruang ialah ruang untuk bersolat, belajar, membaca Al
Qur’an, membuat kerja-kerja peribadi dan sebagainya.
ii.
Keluarga
Hubungan keluarga bagi masyarakat Islam terutamanya di antara kedua
orang tua dengan anak adalah amat berbeza dengan sistem kekeluargaan barat.
Tanggungjawab anak terhadap orang tuan tidak akan terputus walaupun beliau
berhijrah kerana mencari rezeki atau berkahwin berbeza dengan masyarakat barat
yang kebanyakkan memeutuskan hubungan mereka dengan kedua orang tua lantas
menjadi seperti orang asing. Hubungan ini bukan terhad kepada kedua orang tua
sahaja malah turut dituntut kepada ahli keluarga dan kaum kerabat yang lain
dari ushul (ke atas) sampai furu’ (ke bawah). Maka ke atas mereka
(datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, anak-anak mereka) terdapat
tanggungjawab yang wajib di penuhi kerana mereka adalah ahli keluarga (arham).
Tanggungjawab tersebut adalah seperti ziarah- menziarahi, berkasih sayang,
berbuat baik dan memelihara hubungan (Yusof
Qardawi, 2005) Firman Allah SWT :
Maka
berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada
fakir miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi
orang-orang yang mencari keridaan Allah; dan mereka itulah orang-orang
beruntung. (Ar Rum:38)
"Dan berikanlah
kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknnya." (Al Isra': 26)
a. Tanggungjawab terhadap
Ibu Bapa
Tanggungjawab anak-anak anak-anak
diwajibkan menjaga hubungan mereka dengan ibubapa terutamanya apabila
kedua-duanya sudah tua dan jatuh sakit. Maka, untuk menjalankan tanggungjawab
ini, keperluan menyediakan ruang yang bersesuaian seperti tempat mandi orang
sakit, ruang sirkulasi untuk orang yang tidak berupaya (handicapt), ruang untuk
beribadat amat diperlukan.
b. Penambahan ahli keluarga
Penambahan ahli keluarga wajar di
beri perhatian. Pertambahan ahli keluarga bukan sahaja hanya pada pertambahan
anak tetapi kehadiran menantu, kedatangan ibubapa yang akan tinggal bersama.
Pembantu rumah juga adalah sebahagian daripada faktor pertambahan yang perlu
diberi perhatian.
c. Hubungan sesama anak
lelaki dan perempuan
Anak lelaki dan anak perempuan wajib
di pisahkan tempat tidur apabila mencapai umur 10 tahun.
d. Kehadiran ahli keluarga
yang telah berkahwin
Walaupun berkahwin, tanggungjawab
anak lelaki kepada kedua orang tuanya adalah berterusan. Islam menggalakkan
anak-anak yang tidak tinggal bersama samada bujang atau telah berkahwin untuk
pulang menziarahi kedua ibubapa dengan membawa ahli keluarga masing-masing.
Ruang kediaman harus mampu menampung kehadiran tetamu-tamu ini terutamanya ketika
hari- hari penting seperti cuti am dan musim perayaan. Ini amat berbeza dengan
sistem kekeluargaan barat yang terputus hubungan mereka apabila mereka telah
dewasa dan berkahwin.
iii.
Kejiranan
Faktor kejiranan merupakan pengaruh utama senibina
Islam (Hakim,2001). Ini adalah kerana tanggungjawab Muslim untuk menjaga hubungan
jiran sekelilingnya. Antara amalan yang di tuntut oleh Islam ialah memilih
jiran yang salih , menyukai segala kebaikan
yang terdapat pada jiran, menjaga hubungan dengan jiran baik dari ucapan
atau perbuatan, berbuat baik pada jiran, bersabar dengan gangguan dari jiran
dan menunaikan hak seorang muslim terhadap muslim yang lain seperti memuliakan
tetamu, menziarahi terutamanya apabila jiran menerima musibah, sakit, berlaku
kematian, menerima jemputan dan sebagainya (A Aziz Fathi, 2000). Jiran di tafsirkan
sebagai mereka yang berada didalam lingkungan 40 buah rumah dari semua sudut (Hughes,1885).
Menurut Hadith oleh Malik
ibn Anas iaitu “La Dharar wa la Dhirar”
bermaksud tidak menyakiti dan tidak
disakiti meletakkan syarat kepada pembinaan, pengubahsuaian atau
perkara-perkara seumpamanya perlu menghormati jiran sebagai mana kita mahu
jiran kita menghormati kita. Maka berikut adalah perkara yang perlu di beri
perhatian (Ismawi Zen,2009).
1.
Menghormati
hartabenda orang lain terutamanya jiran
2.
Elakkan daripada
membuat kerosakan ke atas hartabenda dan hak jiran
3.
Elakkan daripada
mengambil kesempatan terhadap harta benda jiran
Konsep “La Dharar wa la Dhirar”merupakan asas rekabentuk yang di
aplikasikan di bandar-bandar tradisional Islam. Rekabentuk bandar tradisonal
Islam yang kebanyakkannya berbentuk ‘cluster’
dengan ciri-ciri susun atur bandar (urban setting). Ciri utamanya iaitu dinding
rumah yang berkongsi, adalah bersesuaian dengan perumahan moden di Malaysia.
Rekabentuk rumah Melayu yang freestanding
atau binaan bebas mempunyai konsep rekabentuk yang agak berbeza dengan
perumahan hari ini seperti rumah teres dan apartment. Maka sistem perumahan
perbandaran di awal Islam adalah rujukan terbaik jika diadun bersama dengan
senibina vernacular tempatan iaitu rumah
tradisional Melayu. Menurut Azab (2008)
“The
principle la darar wa la dirar occupies a broad chapter in Islamic building law, and upon it
are built innumerable rulings. It has influenced the procedure of building in
Islamic cities
B.
Konsep Ruang
Beberapa ciri keruangan yang perlu difahami dan
diikuti oleh Muslim bagi menghasilkan rumah yang mempunyai ciri-ciri islami.
Berdasarkan Al Qur’an dan Hadith beberapa ciri-ciri ruang yang perlu di ikuti:
i.
Memenuhi keperluan Ibadah
Ruang yang disediakan harus memenuhi keperluan dan
kehendak aktiviti seorang muslim. Keperluan bukan sahaja tertakluk kepada
ibadat khusus semata-mata tetapi juga ibadat-ibadat lain seperti belajar, adab
dan etika makan, adab di dalam tandas, adab meraikan tetamu, keselesaan dan sebagainya.
Ruang-ruang yang disediakan seharusnya berupanya memenuhi keperluan
aktiviti-aktiviti ini. Marzukhi (2007) menyatakan terdapat 14 adab di dalam
rumah iaitu adab tidur, adab tandas, adab
makan, adab makan, adab pakai kasut, adab mata, adab telinga, adab masjid ,
adab rumah, adab duduk, mengadap qiblat, mulakan dengan kanan, menghormati
tetamu, adab menjadi tetamu, larangan percampuran lelaki dan perempuan sebagai
adab yang akan mempengaruhi perletakkan ruang. Keperluan untuk beribadat
menjadikan penentuan arah Qiblat adalah menjadi suatu keutamaan kerana ia
mempengaruhi orientasi rumah, arah pintu masuk, perletakkan ruang bersolat,
ruang tidur (katil atau tilam), ruang tandas dan ruang meletakkan mayat apabila
berlaku kematian.
ii.
Saiz ruang
Saiz ruang perlu merujuk kepada adab-adab dan
keperluan ruang. Saiz dan ukuran harus merujuk aktiviti dan keperluan ibadah
yang berlaku di dalamnya. Saiz ruang serta bilik pada rumah moden hari ini
berpandukan keperluan barat mengabaikan keperluan ibadat. Tiada panduan khusus
untuk antropometrik dan ergonomik Islam yang boleh dirujuk oleh jurureka dan
akitek Islam. Contoh saiz bilik tidur dan ruang tamu perlu mengambilkira ruang
bersolat , sekurang-kurangnya cukup untuk bersolat berjemaah.
iii.
Susun atur Ruang
a. Fleksible
Shabani et al (xxxx) di dalam
kajian beliau berkaitan faktor privasi di dalam rumah pangsapuri kompak di Iran
dari perspektif Islam menyatakan rekabentuk fleksibel adalah antara syarat
rekabentuk rumah Muslim. Rekabentuk fleksibel adalah berkaitan dengan susunatur
ruang, perabut yang mudah alih dan sebagainya. Rumah tradisional Melayu adalah
ekpressi konsep fleksibeliti ini. Rekabentuk rumah Kutai di Perak adalah contoh
rumah Muslim yang menggunakan fleksibiliti di dalam susun atur ruang(Anuar
Talib,2005). Rumah Kutai hanya hanya mempunyai satu bilik (berdinding tetap)
dan bilik ini hanya di khususkan kepada anak perempuan sahaja. Ruang-ruang lain
yang bersifat susunatur ruang yang terbuka (open
planning) wujud mengikut keperluan masa dan kegunaan. Langsir di jadikan
sebagai pembahagi ruang sementara untuk ibubapa membentuk “bilik” pada malam
hari.
b. Jumlah Ruang yang memenuhi keperluan Aktiviti
Rekabentuk rumah
menurut Baessa et al. (2010) pula adalah kualiti susunatur ruang dalamannya
merangkumi organisasi ruang dan perletakkan ruang bersesuaian dengan fungsi dan
keperluan penghuninya. Rupa bentuk bangunan bergantung kepada aktiviti –
aktiviti di dalamnya.
c. Rekabentuk harus menghormati penggunaan asal elemen-elemen
rekabentuk atau komponen-komponen bangunan tersebut kerana dikhuatiri akan merubah
pemandangan persekitaran dan mengganggu pandangan mata (visual) dan menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan
jiran-jiran.
d. Privasi
Privasi boleh
dibahagikan kepada dua iaitu privasi
pandangan (visual privacy) dan
privasi akustik (acoustical privacy). Susun
atur ruang kediaman harus memenuhi kehendak privasi di dalam Islam. Sebarang
bukaan pada dinding dan perletakan penghadang perlu memenuhi kehendak dan
keperluan privasi wanita yang berada di dalamnya. Beberapa faktor yang
mempengaruhi aspek privasi ialah aspek malu, mahram, zina, khalwat dan aurat.
Aspek aurat adalah adalah aspek yang sering ditekankan di dalam perbincangan
berkenaan ruang kediaman. Di dalam Islam , wanita yang ingin melayani tetamu lelaki
suaminya wajib berpakaian yang sesuai dan menutup aurat dan mendapat kebenaran
suami. Ini berdasarkan kepada hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim yang
diriwayatkan oleh Sahl ibn Sa’d al-Ansari (Yusof
Qardawi,1999).
“ Abu Usayd as-Sa’idi invited the Prophet(pbuh) and his
Companians to his wedding. The food was prepared and served by none other than
his wife, Umm Usayd. Sdhe had soaked some dates in milk in a stone pot
overnight. When the prophet(pbuh) had finished his meal, she smashed the dates
and brought the drink to him”
e. Menghormati alam sekitar
Pembinaan kediaman
Muslim harus menghormati persekitaran di sekeliling. Contohnya kedudukan
matahari naik dan turun, cahaya, angin dan sebagainya. Contoh rumah Muslim
terbaik yang memenuhi kehendak persekitaran setempat ialah rumah tradisional
tempatan. Pembinaannya mengambil kira persekitaran setempat.Konsep menghormati
kosmologi ini bertepatan dengan ajaran Islam. Omer Spahic (2004) menegaskan
“That virtually everything in human life, including
the way people look like and the languages they speak, is greatly influenced by
natural elements”
C.
Konsep Kebersihan
Kebersihan di dalam Islam merupakan sebahagian
daripada Iman. Nabi Muhammad SAW menuntut kita agar menjaga kebersihan rumah
untuk menunjukkan keindahan Islam. Maka sistem pengurusan sampah harus efektif
dan menyebabkan bau yang boleh mengganggu ahli keluarga dan jiran tetangga. Yusuf
Qaradawi(1999) menyatakan Rasulullah SAW bersabda
Assuredly, Allah(Glorified be He) is good and loves
goodness, is clean and loves cleanliness, is generous and loves generosity, is
hospitable and love hospitality. So keep your rooms and couryards clean, and do
not like the Jews.
riwayat At-Tirmidhi
D.
Keindahan dan perhiasan
a) Perhiasan
Muslim digalakkan untuk menghias
rumah mereka dengan bunga-bungaan atau
tumbuhan hijau, kain yang bercorak dan lain-lain perhiasan selagi perhiasan
tersebut tidak bertentangan dan dibenarkan oleh Islam (Yusuf Qaradawi,1999). Firman
Allah:
Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan
dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah
yang mengharamkan) rezeki yang baik?"
Al-A’raf:32
Namun begitu, penggunaan
perhiasan daripada emas, perak dan sutera asli di haramkan sama sekali di dalam
rumah sebagaimana hadith nabi yang diriwayatkan oleh Umm Salamah di dalam
hadith oleh Muslim (Yusuf Qaradawi,1999)
“Whoever eats or drinks from gold or silver utensils is
indeed filling his stomach with the fire of hell. “
b) Patung
Islam mengharamkan Muslim untuk
menyimpan patung yang mempunyai bentuk yang lengkap. Kehadiran patung sebegini
di dalam rumah akan menyebabkan malaikat tidak akan memasuki ke dalam rumah
kerana ia menyerupai perbuatan orang bukan Islam. Yusuf Qaradawi(1999) memetik
hadis Rasullullah SAW riwayat Al- Bukhari dan Muslim
“Assuredly the angels do not enter a house in which there
are statues or figures”
c) Gambar
Menurut Yusof Qardawi (1999)
menggantung gambar atau perhisan satu dimensi seperti akan menjadi haram
sekiranya ia menyalahi ajaran agama seperti gambar menjadi bahan sembahan.
Motif – motif pada kain dan lain-lain perhiasan adalah perlu di abstrakkan atau
dihilangkan sifat asalnya sekiranya motif yang digunakan adalah motif manusia
dan binatang. Lukisan dan gambar alam semulajadi di benarkan di dalam Islam
(Yusof Qardawi,1999). Namun begitu ia dibenarkan selagi ia tidak mengganggu
pandangan terutamanya ketika bersolat.
Kesimpulan
Rumah
merupakan tempat untuk penghuninya untuk beristirehat, menenangkan badan dan
jiwa (Spahic, 2004). Dengan ertikata yang lebih tepat ia perlu membawa roh
islam di mana elemen-elemen positif ke arah tersebut perlu di pupuk dan dibangunkan.
Elemen-elemen tersebut adalah ibadat, suasana ilmu, kekeluargaan serta membawa
mesej Islam. Nikolas,
(2008) menyatakan rumah orang Muslim secara umumnya harus menjadikan kehidupan
sosial seharian sebagai sebahagian daripada ibadat; iaitu untuk mengingati
Allah, tentang adab samada baik atau buruk dan mendapat rahmat daripada Allah. Maka
adab-adab rutin seharian harus di jaga oleh penghuninya.
5.
ELEMEN-ELEMEN REKABENTUK KEDIAMAN
DAN PENGARUH ISLAM DI DALAM REKABENTUK RUMAH TRADISIONAL.
Untuk membincangkan tajuk perbincangan, penulis
memilih memilih dua rumah tradisional di Alam Melayu yang mempunyai karaktor
senibina dan latarbelakang yang berbeza
sebagai kajian kes. Pemilihan kedua-dua jenis rumah tradisional ini adalah bagi
melihat kesamaan prinsip Islam di dalam rumah Muslim di alam Melayu walaupun
berbeza jenis rumah, latarbelakang budaya dan tempat.Kedua-dua rumah telah
dibuktikan oleh pengkaji Anuar Talib (2005) di dalam thesisnya “The Perak Kutai Asli Malay House:Form, Function And
Meaning” dan Shirley
Melinda(2004)di dalam thesisnya “Pengaruh Islam pada Interior Rumah Bubungan
Tinggi di Desa Telok Selong, Kalimantan Selatan”. Rumah-rumah tersebut adalah:
a. Rumah Pembesar 16 –Rumah
Kutai Tok Sedera Bongsu, Bota, Perak , Malaysia
b. Rumah Raja -Rumah
Bubungan Tinggi Di Desa Teluk Selong, Kalimantan, Indonesia
![]()
Rumah Kutai
|
![]()
Rumah Bubungan Tinggi
|
a)
Pembahagian Ruang
Pembahagian ruang di dalam ruang tradisional Kutai dan Rumah Bubungan Tinggi secara amnya
menepati ciri-ciri kediaman Islam (Anuar Talib,2005 dan Shirly,2004). Terdapat
tiga peringkat ruang yang menjadi asas untuk pembahagian ruang iaitu ruang
umum@publik atau tetamu, ruang privasi atau ruang keluarga dan ruang belakang
atau ruang dapur (ruang service).
Ketiga-tiga peringkat ini mengambilkira privasi kaum wanita dan keluarga .
Walaupun susunatur ruang kedua-dua rumah adalah terbuka, privasi penghuninya masih
dititik beratkan . Aspek privasi dan hirarki ruang di capai melalui tafsiran
pemahaman nilai Islam dan sistem kebudayaan setempat seperti penggunaan tirai,
perletakkan ruang aktiviti, penggunaan pintu yang tidak selari, tingkap yang
kecil dan sebagainya.
Pembahagian ruang sosial yang menepati ajaran
Islam mempengaruhi perletakkan ruang masuk yang berbeza di antara kaum lelaki
dan wanita. Pintu masuk kaum lelaki adalah melalui pintu hadapan (serambi depan
pada rumah Kutai dan pelatar, penampik kecil, penampik tangah dan penapik besar
pada Rumah Bubungan Tinggi ) manakala kaum wanita ialah di bahagian pintu sebelah
belakang (serambi belakang untuk rumah Kutai dan Padapuran dan Panampik Bawah
bagi Rumah Bubungan Tinggi) . Maka secara tidak lansung ruang sosial di
dalamnya ditentukan oleh perletakkan pintu masuk ini.
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Pelan Rumah Kutai
|
![]() ![]() ![]()
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Pelan Rumah Bubungan Tinggi
|
||||||
Ruang-ruang terdapat di
dalam rumah Kutai ialah
1. Rumah
Tangga
2. Serambi
Depan
3. Ruang
Tengah / Rumah Tengah
4. Serambi
Belakang – Merupakan ruang basah iaitu untuk penyediaan untuk memasak,
memasak dan membasuh
5. Bilik
|
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1. Ruang umum atau publik - terdiri
penampik kecil dan penampik tengah dan penampik besar. Ruang ini adalah ruang
menerima tetamu.
2. Ruang Privat atau ruang keluarga –
terdiri daripada Palidangan (ruang keluarga) dan kedua-dua anjung (ruang
beristirehat dan ruang tidur).
3. Ruang service- terdiri daripada
Panampik Bawah dan Padapuran. Berfungsi sebagai ruang memasak dan
aktiviti-aktiviti berkaitan.
|
b)
Pintu Masuk utama
Terdapat tiga fungsi dan keperluan pintu masuk
utama ke dalam rumah yang harus di beri perhatian iaitu pertama pintu masuk
utama ini harus mempamerkan “sense of
welcoming”, menerima dan meraikan tetamu, tetapi pada masa yang perlu
menjaga aurat atau privasi penghuni serta untuk menunjukkan status pemilik
rumah (Ragette, 2006).
Pintu masuk utama merupakan pembahagi ruang di
antara ruang publik dan separa publik.Ia seharusnya dibuka ke dalam ruang
penampan (buffer space) bagi
mengelakkan tetamu melihat terus ke bahagian dalam rumah (Ragette, 2006). Antara fungsi pintu yang lain ialah menunjukan
status pemilik rumah. Tetapi pada masa yang sama ia harus mengelak pemilik
rumah daripada menimbulkan rasa riak sebagaimana di terdapat catatan lama
(sekitar 1930) di utara Iraq bagi menerangkan rekabentuk pintu (Hakim,1981).
“the doors of a house are built very low so that the
habitants may be humble”
Pintu utama ini seharusnya mempunyai sais yang
lebih besar berbanding pintu –pintu lain dan mempunyai ciri-ciri keselamatan
supaya apabila berlaku kematian akan memudahkan pengurusan mayat (Hayroman, 2002). Begitu juga apabila majlis
kenduri , menerima tetamu yang ramai dan sebagainya. Bagi rumah yang
bertentangan, kedudukan pintu masuk harus tidak bertentangan bagi mengelakan pandangan
terus ke dalam rumah (Hayroman, 2002). Menurut Anuar Talib (2005) lebar pintu
hadapan rumah Kutai di bahagian hadapan lebih besar jika di bandingkan dengan
pintu dibahagian belakang.
![]() ![]()
Pelan Rumah Kutai
|
Perletakkan pintu yang tidak selari bagi mengelakkan
pandangan terus tetamu ke ruangan kaum
wanita
|
![]()
![]() ![]() ![]() ![]()
Pelan Rumah Bubungan Tinggi
|
c)
Ruang Tamu
Ruang
tamu adalah ruang separa umum untuk
kaum lelaki. Di dalam rumah Kutai ruang ini di kenali sebagai serambi depan manakala dan Rumah
Bubungan Tinggi ia di kenali sebagai Panampik
Kecil, Panampik Tangah dan Panampik Basar (Ambin Sayup). Fungsi
ruang ini pada kedua-dua rumah adalah sama seperti menerima tetamu lelaki,
tempat tidur orang lelaki, tempat aktiviti lelaki dan sebagainya. Aspek privasi kaum wanita dan ahli
keluarga yang lain adalah kriteria utama rekabentuk ruang tamu ini di mana
ruang ini disekat dan dihalang samaada dari pandangan atau elemen rekabentuk
seperti dinding dan tirai.
Keadaaan
ini ternyata berbeza dengan rekabentuk rumah moden terutamanya rumah teres dan
pangsapuri yang secara dasarnya membenarkan tetamu terlebih dahulu menerjah
masuk ruang tamu ini tanpa perlu berada di dalamnya (Hayroman, 2002). Tiada
halangan visual, yang menyekat tetamu untuk mencuri pandang ke dalam ruang
peribadi tuan rumah. Penyediaan tandas khusus pada ruang ini adalah langkah
terbaik untuk mengelakkan tetamu lelaki masuk ke dalam ruang keluarga
sebagaimana yang dipraktik di kebanyakkan rumah di Negara Arab. Penggunaan
perabut seperti sofabed adalah antara
langkah yang perlu di fikirkan bagi memaksimumkan penggunaan ruang. Berikut
adalah beberapa contoh bagaimana aspek privasi di selesaikan oleh rekabentuk di
Negara Yemen:
|

|
|

|


Rajah 1: contoh penyelesaian satu pintu masuk dan
ruang tamu di dalam sebuah pangsapuri di Sana’a, Yemen
|
|
|

|



|

Rajah 2: contoh penyelesaian dua pintu masuk dan ruang
tamu di dalam sebuah pangsapuri di Sana’a, Yemen
Terdapat
aktiviti berkaitan yang perlu di beri perhatian iaitu keperluan ruang solat
berjemaah terutamanya apabila menerima tetamu. Implikasi ruang solat ini ialah
sebagai langkah memberi pengajaran kepada anak-anak tentang solat dimana
anak-anak akan secara tidak lansung akan meniru akhlak ini (Hayroman, 2002). Serambi
depan di dalam Rumah Kutai adalah sebagai ruang menerima, meraikan dan menjamu
tetamu lelaki terutamanya pada waktu siang hari. Pada sebelah malam pula ruang
ini dijadikan tempat tidur bagi orang lelaki (Anuar Talib, 2005).
![]()
Serambi depan ( Rumah Kutai)
|
![]()
Serambi depan ( Rumah Kutai)
|
![]()
Pelantar dan Penampik (Rumah Bubungan Besar)
|
![]()
Pelantar dan Penampik (Rumah
Bubungan Besar)
|
d)
Ruang Keluarga
Disebut sebagai ruang tengah pada rumah Kutai dan Palidangan pada Rumah Bubungan Tinggi. Ruang ini adalah khusus untuk
ahli keluarga melakukan aktiviti mereka tanpa terganggu oleh tetamu yang
datang. Ruang ini juga berfungsi untuk melakukan aktiviti ibadat bersama
keluarga. Menurut Shirly(2004), Palingan
berfungsi sebagai tempat melakukan kegiatan keagamaan bersama-sama. Perlaksanan
aktiviti keagamaan di ruang ini seperti solat berjemaah, membaca al Qur’an di
harap memberi tenaga dan keberkatan kepada keseluruhan rumah.
![]()
Ruang Tengah (Rumah Kutai)
|
![]()
Ruang Palidangan (Rumah Bubungan Tinggi)
|
![]()
Ruang Tengah (Rumah Kutai)
|
![]()
Ruang palidangan
|
e)
Ruang Tidur
Di dalam rumah Kutai, ruang serambi di jadikan tempat tidur
bagi anak lelaki, lelaki yang tidak berkahwin dan tetamu lelaki manakala ruang
tidur bagi kaum perempuan adalah di ruang
tengah. Pada waktu malam ruang ini di pasang tirai sebagai bilik sementara
untuk anak yang berkahwin. Anak perempuan bujang dan tetamu perempuan di
tempatkan di dalam bilik utama. Untuk rumah Bubungan Tinggi bilik tidur adalah
pada ruang anjung kanan dan anjung kiwa. Ibubapa akan tidur sebelah anjung kanan manakala anak-anak di
sebelah anjung kiri. Tempat tidur di sebelah
kanan adalah selaras dengan kehendak Islam yang menggalakkan melakukan sesuatu
bermula dengan sebelah kanan. Ruang ini di dalam kedua-dua rumah juga adalah
ruang melakukan ibadah sunat seperti solat, membaca al Qur’an dan sebagainya.
![]() ![]()
Ruang Bilik (Rumah Kutai)
|
![]() ![]() ![]()
Ruang anjung (Rumah Bubungan
Tinggi)
|
![]()
Ruang Bilik (Rumah Kutai)
|
![]()
Ruang anjung (Rumah Bubungan
Tinggi)
|
Di dalam rekabentuk rumah moden, jumlah bilik tidur
sering menjadi isu, kebanyakkan beranggapan dengan perlaksanaan tiga bilik atau
lebih rekabentuk perumahan telah di penuhi. Tetapi bagaimana pula dengan
rekabentuk rumah tradisional Melayu seperti rumah Kutai hanya mempunyai satu
bilik sahaja, tetapi ia masih dikatakan Islamik (Anuar Talib, 2005). Manakala
rumah Bubungan Tinggi, kedua-dua anjung
kanan dan anjung kiwa tidak
berdinding, hanya menggunakan tirai yang disulami manik-manik perak dinamakan dinding air guci (Shirly,2004) juga
diakui menepati kriteria kediaman Islam.
Masyarakat hari ini dipengaruhi dengan pemikiran
bahawa setiap bilik perlu diberi fungsi khusus barulah ianya memenuhi kriteria
rekabentuk yang dikehendaki. Istilah ruang yang pelbagaiguna tidak diberi
perhatian. Kelebihan yang terdapat pada rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi
ialah tiada fungsi khusus untuk ruang di dalamnya seperti rumah moden pada hari
ini. Menurut Kotnik (2005) walaupun sebahagian bilik di dalam Yemeni Tower House mempunyai nama khusus
seperti majlis, diwan dan sebagainya, kegunaannya tidak khusus untuk tujuan
tersebut sahaja. Dengan karaktor dan perhiasan yang sama pada semua bilik, ia
sebenarnya boleh diubah pada setiap masa mengikut keperluan samada bilik
tetamu, tempat jamuan, bilik tidur dan
sebagainya.
“The multifunctional use of rooms points to a crucial
difference between the Yemenite and the western understandings of space.
Architecture in the western world developed out of scientific paradigm
characterized by rational separation and classification: absolute space is
divided into functionally defined compounds, the room. In Yemen , however space
is not absolute but relational, because it always constructed anew on the basis of changing activities;that is , space
is defines by the people present and their beaviour.”
Didalam situasi yang lain pengasingan tempat tidur
apabila berumur 10 tahun sepertimana hadis riwayat Abu Daud r.a adalah dituntut
oleh agama Islam.
“ suruhlah
anak kamu sembahyang apabila berumur 7 tahun, pukullah (di tempat yang sesuai untuk
mengajar) ia apabila umurnya 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidurnya”
Hal ini bukanlah bermaksud menjadi kemestian untuk
menyediakan 2 bilik tidur untuk kedua-duanya. Keadaan ekonomi memungkinkan anak
lelaki tidur di tempat yang telah ditetapkan di ruang tamu sebagaimana berlaku
di rumah tradisional Melayu. Namun jika acuan perumahan barat sediaada (kegunaan yang specifik dan
tidak pelbagaiguna) masih digunapakai, maka keperluan 3 bilik minimum adalah
langkah terbaik iaitu untuk ibubapa, anak perempuan dan anak lelaki. Itu pun
tertakluk kepada saiz yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti di dalamnya,
tidak seperti sesetengah rumah moden (kos rendah) di mana bilik ketiganya sediakan
sangat kecil dengan dimensi 8 kaki X 8 kaki seperti keluasan ruang setor.
f)
Dapur dan ruang makan
Ruang dapur di dalam rumah Kutai di kenali sebagai
serambi belakang atau serambi dapur dengan tangga dan pintu
masuk yang khusus. Selain berfungsi sebagai ruang dapur ia juga sebgai ruang
tamu untuk kaum wanita. Segala kelengkapan memasak dan aktiviti memasak berada
di ruang ini. Di dalam rumah Bubungan Tinggi; ruang dapur dikenali sebagai ruang padapuran dan panampik bawah adalah sebagai ruang makan. Kedua-dua saling
berhubungkait . Oleh kerana kebanyakan masyarakat Banjar adalah petani, mereka
akan mengeluarkan zakat setiap tahun daripada bahan-bahan daripada simpanan di
padapuran (Shirly,2004).
![]()
Pelan ruang dapur atau serambi belakang (Rumah
Kutai)
|
![]()
Pelan ruang Padapuran dan
Panampik bawah(Rumah Bubungan Tinggi)
|
![]() |
![]()
Ruang Padapuran dan Panampik
Bawah (Rumah Bubungan Tinggi)
|
Dapur atau serambi belakang (Rumah Kutai)
g)
Bilik air dan tandas
Islam melarang membawa masuk ayat
Al Qur’an, buku-buku agama atau cincin yang tertulis nama Allah ke dalam tandas
atau bilik mandi (A Aziz Fathi, 2000 di
dalam Pasal III-Adab Qadhaa’ al Haajah). Barang-barang ini perlu ditinggalkan di luar
tandas, maka rekabentuk tandas harus juga mengambil kiraan untuk menyediakan
rak atau tempat bagi meletak barang-barang dan kain penutup kepala di luar
tandas. Terdapat beberapa aturan dan adab di tandas yang memberi kesan kepada
rekabentuk tandas iaitu (Ragette, 2006)
1. Jangan lakukannya di
hadapan orang ramai
2. Jangan lakukannya ke
dalam bekas
3. Jangan mengadap dan
membelakangi qiblat
4. Jangan membelakangi bulan
dan matahari
5. Melangkah masuk dengan
kaki kiri
6. Melangkah keluar dengan
kaki kanan
7. Menutup kepala
8. Kaki yang sedikit
menjungkit
9. Tidak membuang air kecil
dengan posisi berdiri
10. Tidak berada lama di
dalam tandas
11. Tombol pintu
Di dalam kediaman tradisional , ruang tandas yang
dianggap ruang bernajis berada di luar rumah. Maka oleh itu isu penggunaan
tandas dan pelanggaran ruang privasi tidak berlaku sebgaimana rumah moden pada
hari ini.
h)
Tombol pintu
Penentuan bukaan pintu masuk ke dalam tandas samada buka ke kanan atau ke
kiri memberikan implikasi terhadap langkahan penghuni rumah. Sekiranya pintu
tandas dibuka ke arah kiri secara spontannya kaki kanan akan terlebih dahulu
melangkah masuk dan begitulah sebaliknya. Maka kaedah begini juga boleh diguna
pakai pada pintu-pintu ruang lain. Hayroman (2002) mencadangkan acuan langkahan
beradab tersebut ketika memasuki tandas;

Sumber: Hayroman (2002)
i)
Tingkap
Tingkap berperanan sebagai agen pengudaraan dan
visual. Perletakkan tingkap yang terlalu terbuka dan dekat dengan laluan publik
adalah berapa sesuai kerana membuka jalan kepada publik untuk melihat ke dalam
rumah sebagaimana pada kedudukan pintu. Laluan
dan kedudukan dinding hadapan yang mempunyai tingkap harus di jarakkan.
Manakala penggunaan ‘soft furnishing’ yang
tebal adalah sebagai alternatif. Kedudukan tingkap tidak boleh berada di dalam
kedudukan yang selari dengan tingkap rumah jiran atau pintu masuk rumah jiran. Ketinggian tingkap
pada laluan utama seelok-eloknya berada di atas paras mata (eye level) iaitu melebihi ketinggian
1.5m (5 kaki). Jika hendak di letakkan pada aras yang normal (900mm dari
lantai) rekabentuk tingkap harus mengambil kira pandangan terus dari orang luar
dan perlu dijarakkan dari laluan utama seperti koridor dan sebagainya. Tingkap
pada rumah Kutai adalah kecil dengan suasana pencahayaan di dalam rumah yang
suram adalah langkah untuk menghalang pandangan (visual privasi) orang luar
untuk melihat ke dalam rumah.
![]()
Tingkap pada Rumah Kutai
|
![]()
Tingkap pada rumah Bubungan
Tinggi
|
j)
Dinding
Permasalahan dinding dibincangkan secara panjang lebar oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu kerana terdapat implikasi shariah terutamanya
berkaitan dengan jiran[1].
Kebanyakkan perbincangan di dalam topik ini samada dinding atau bangunan amnya
banyak merujuk kepada hadith “No harm or return
of harm” (La Darar wa la Dirar) sebagai
asas rekabentuk (Hakim, 1986). Setiap aktiviti kita
terhadap komponen dan elemen bangunan harus mengambilkira kesannya terhadap
penerimaan jiran, keadaan ruang jiran, psikologi dan sebagainya.
k)
Bentuk Bumbung
Rekabentuk
rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi memenuhi keperluan alam sekeliling tempatan.
Rekabentuk bumbungnya adalah bersifat tempatan bersesuaian dengan iklim
tempatan yang hujan dan panas. Bentuk bumbung rumah Bubungan Tinggi dikenali sebagai Sindang Langit. Bentuknya yang semakin
merendah di bahagian hadapan disimbolkan sebagai tanda sujud dan tunduk di dalam ibadat solat.
Manakala ukiran burung enggang pada
pertemuan atap (tunjuk langit) diberi
penafsiran baru menurut Islam sebagai layang-layang atau gagalungan (Debdikbud,1982 dalam Shirly,2004).
![]()
Bumbung Panjang pada Rumah Kutai
|
![]()
Bumbung Rumah Bubungan Tinggi
atau Sindang Langit
|
l)
Jumlah ganjil pada elemen
rumah
Sebahagian elemen rekabentuk
bangunan mempunyai jumlah yang ganjil untuk kedua-dua rumah menepati hadith
nabi yang berbunyi “innaallaha witrun
yuhibbul witra” bermaksud Allah itu ganjil (Esa), dia menyukai yang ganjil
. Kedua-dua jenis rumah; rumah Kutai dan rumah Bubungan Tinggi mempunyai jumlah
anak tangga yang ganjil iaitu dari 5 ,7 dan 9 anak tangga (Anuar Talib ,2005
dan Shirly,2004). Selain daripada itu rumah Bumbung Tinggi mempunyai tujuh
jenjang lantai dan mempunyai sebelas jeriji jendela. Malah saiz ukuran rumah
Bubungan Tinggi diukur menggunakan ukuran depa di dalam jumlah yang ganjil (Shirly,2004).
![]()
Tangga (Rumah Kutai)
|
![]()
Tangga ke bahagian karawat atau loteng (Rumah Bubungan Tinggi)
|
![]()
Ukuran ruang (Rumah Bubungan Tinggi)
|
![]()
Jumlah jenjang tangga (Rumah
Bubungan Tinggi)
|
m)
Perabot
Penggunaan perabut yang sangat
minimum berkemungkinan di sebabkan fungsi ruang yang pelbagaiguna. Segala
pergerakan dan aktiviti harian dilakukan diatas lantai dan tikar bergulung
merupakan “perabut” utama. Kerusi dan meja tidak digunakan Ketinggian lantai yang
berbeza ketinggian selain membezakan ruang adalah bertindak sebagai tempat
duduk. Terdapat bahagian tertentu pada komponen bangunan di jadikan tempat
meletak Al Qur’an seperti Tataban di
ruang penampik kecil dan penampik besar. Jika terdapat majlis
keagamaan tataban akan dijadikan
tempat menyandar dan tempat meletak al-qur’an kerana kedudukanya yang agak
tinggi (Shirly,2004).
![]()
Tataban (Rumah Bubungan Tinggi)
|
n)
Perhiasan
Perhiasan di rumah tradisional Melayu menggunakan
motif semulajadi yang terdapat di dalam kawasan persekitaran setempat. Juruukir
mengukir dengan jiwa keislaman mereka, maka oleh itu hasil ukiran yang terhasil
mencerminkan keimanan mereka terhadap keesaan Allah . Larangan menghasilkan seni
berasaskan makhluk hidup diterjemahkan melalui ukiran alternatif yang selari
dengan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah seperti ukiran yang berasaskan
tumbuh-tumbuhan, motif lain dan kaligrafi. Motif tumbuh-tumbuhan terdapat pada
kedua-dua rumah . Motif yang digunakan ialah bunga-bunga, daun dan buah-buahan. Bunga bagi masyarakat Banjar
bermaksud harapan kepada kehidupanyang lebih baik, daun-daun mewakili kesuburan
dan buah- buahan (buah rambai) sebagai hasilnya yang dinikmati (Shirly,2004).
Ukiran lain yang terdapat pada Rumah Bubungan Tinggi ialah ukiran tali tambang (bermaksud kesatuan, persatuan atau kekuatan).
Ukiran ini berdasarkan ayat Al-Qur’an di dalam surah Al Imran iaitu “wa’tasyimu bihablillahi jamiaw wala
tafaraqu” bermaksud berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan
janganlah kamu berpecah belah”. (Shirly,2004). Motif matahari juga terdapat
pada ukirannya. Ia dikaitkan dengan surah an-Nur, ayat 35 bermaksud Allah
pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Manakala motif kaligrafi pada Rumah
Bubungan Tinggi merangkumi ayat al-Qur’an, nama Nabi dan ayat-ayat Al-Qur’an.
Terdapat salah satu motif menggunakan huruf lam
jalallah; singkatan daripada “laa haula wala quwwata illa billah” bermaksud “tidak ada
daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah” mewakili aplikasi zikir
yang menjadi amalan masyarakat Banjar. (Shirly,2004).
![]()
Motif pada rumah Kutai
|
![]()
Motif bunga-bungaan (Rumah
Bubungan Tinggi)
|
![]()
Ukiran Kaligrafi (Rumah
Bubungan Tinggi)
|
![]()
Ukiran tali Tambang (Rumah
Bubungan Tinggi
|
6.
KESIMPULAN
Ruang kediaman Muslim yang terbentuk berlandaskan
Shariah adalah suatu kewajiban kepada semua pihak yang terbabit. Model kediaman
Islam yang ideal mampu di hasilkan jika jurureka, akitek, pentadbir memahami
prinsip asas Islam yang perlu ada di dalam kediaman. Aplikasi prinsip-prinsip
Islam ini telah terbukti mampu melahirkan isirumah yang menepati keperibadian
Muslim. Rumah Kutai Tok Sedera Bongsu,Bota, Perak, Malaysia (circa 1870 an) berkeluasan of 590.5 kaki persegi dan Rumah Bubungan Tinggi di Desa Telok
Selong, Kalimantan Selatan (circa 1867) berkeluasan 3172.98 kaki persegi adalah
contoh kediaman Muslim yang menjadikan shariah sebagai aturan rekabentuknya.
Kehadiran roh Islam dan elemen spritual
di dalam Islam mampu memberi tenaga kepada keseluruhan rumah. Maka
kesimpulannya, rekabentuk kediaman muslim tradisional ternyata berbeza dari
kediaman masakini yang menurut acuan barat yang gagal memenuhi keperluan muslim.
Rujukan
‘Abdul ‘Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada.(2007).
Ensiklopedi Adab Islam-Menurut al-Qur-an dan as-Sunnah. Jilid 1 . Terjemahan
dari kitab asal Mausuu’atul Aadaab al-Islaamiyyah oleh Abu Ihsan al-Atsari.. Pustaka Imam
Asy-Syafi’i. Jakarta
‘Abdul ‘Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada.(2007).
Ensiklopedi Adab Islam-Menurut al-Qur-an dan as-Sunnah. Jilid 2 . Terjemahan
dari kitab asal Mausuu’atul Aadaab al-Islaamiyyah oleh Abu Ihsan al-Atsari.. Pustaka Imam
Asy-Syafi’i. Jakarta
Abdullah Yusuf Ali (2004).
The Meaning of the Holy Qur’an. Amana Publication. Maryland. USA
Ahmad Fahmi Zamzam (2009). Bustanul A’rifin(Taman Orang-orang yang
‘Arifin) terjemahan kitab Bustanul
A’rifin oleh Iman An-Nawawi (631). Khazanah Banjariah. Pokok Sena.
Ahmad Fahmi Zamzam (2009). Hidayatus-Salikin
Fi Suluki Maslakil-Muttaqin (Petunjuk Jalan bagi orang yang takut kepada
Allah Taala) terjemahan daripada kitab Hidayatus-Salikin Fi Suluki
Maslakil-Muttaqin oleh Al Imam- Al Ghazali. Khazanah Banjariah. Pokok Sena.
Ahmad Marzukhi Bin Monir
(2007). Nilai Reruang Rumah Tradisional Melayu:Pengaruh Falsafah Islam Dalam
Rekabentuk Rumah Di Semenanjung Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
Unpublished PhD Thesis
Anuar Bin Talib (2005). The
Perak Kutai Asli Malay
House:Form, Function and Meaning. Universiti
Teknologi MARA, unpublished Thesis
Azab (2008).Residential Architecture in civilization.
Journal Islam Today. source: http://www.isesco.org.ma/english/publications/Islamtoday/25/p10.php.
Retrived 21/1/2011
Baessa et al. (2010). An Evaluation of Space Planning Design
of House Layout to the Traditional Houses in Shibam, Yemen, Asian Culture and
History. Canadian Center of Science and Education. Vol. 2, no 2; July 2010. www.ccsenet.org/ach
Hakim, B. S.
(1986).Arabic-Islamic Cities-Building and Planning Principles. London, KPI
Limited.
Hayroman Ahmad, Hasbullah Abd Rahman, Mohd. Sabrizaa
Abd. Rashid (2002). Konsep Pembinaan Ruang Dalaman dari Perspektif Keharmonian
Akhlak. EPISTEME-The Academic Jurnal of
UiTM Perak, Malaysia. Volume 2, Number 1, Jun 2002 .UfoRIA. UiTM Perak
Hisham Mortada (2003). Traditional Islamic Principles
Of Built Environment, Routledgecurzon. New York
Hughes, (1885). Dictionary Of
Islam.
New York: Scribner, Welford, & Co. W. H. Allen & Co. London
Ismawi Zen et al (2009). Home
and neighbourhood: an Islamic Perspective in An Anthology of essays on
Integrating Islamic Values in the Theory and Practice of Architecture and the
built environment. Kuliyyah of Architecture and Enviromental Design.UIAM. Kuala
Lumpur
Josef W. Meri (2006) Medieval
Islamic Civilization: an encyclopedia, volume I, A-K index. Routledge-Taylor
and Francis Group. New York.
McAuliffe (2001)
Encyclopaedia of the Qur’ān, Index Volume. Koninklijke Brill nv, Leiden. Netherland
Mohd. Sabrizaa Abd. Rashid (2001) . Pertembungan Nilai
antra Islam dan Barat dalam konsep Kediaman di Malaysia: Kesejajaran dan
kontradiksi. EPISTEME-The Academic Jurnal of UiTM Perak, Malaysia. Volume 1,
Number 2, December 2001. UfoRIA. UiTM Perak
Nada (2007). Ensiklopedi adab
Islam menurut Al Qur’an dan As-Sunnah . Terjemahan Mausuu’atul Aadaab
al-Islamiyyah oleh Al-atsari. PT. Pustaka Imam Asy-Syafi’i. Jakarta
Nikolai Davies et al (2008).
Dictionary of Architecture and Building Construction. Elsevier Ltd.USA.
Ragette
(2006).Traditional Domestic Architecture of the Arab Region. American
University of Sharjah. Sharjah
Seyyed Hussein Nasr (1987)
Traditional Islam in the modern world, Kegan Paul International LTD. Great Britain
Shabani (_____)Achieving Privacy in the Iranian Contemporary Compact
Apartment Through Flexible Design. Universiti Kebangsaan Malaysia
Sheikh Muhammed Salih
Al-Munajjid, (2004). 40 Naseeha Li-Islaah il-Booyout.(English Translation - 40
Recommendations For The Muslim Home. retrived 5th may 2011. http://www.a2youth.com/media/ebooks/fortyrecommendationsforthemuslimhome.pdf
Shirly Melinda (2004).
Pengaruh Islam Pada Interior Rumah Bubungan Tinggi di Desa Telok Selong
Kalimantan Selatan. Universitas Kristen Petra. Unpublished PhD Thesis
Omer
Spahic (2004). Sudies in the Islamic Built Environment. Research Centre.
International Islamic University Malaysia. Kuala Lumpur
Syaikh Sa’id Hawwa,terjemahan
M. Taufiq Ridha. (2002). Tatanan Rumah Muslim (Qanun al-Bait al-Muslim).
Robbani Press. Bandung
Taqi-ud-din and M.
Muhsin._______The Noble Qur’an-English Translation of the meanings and
commentary. King Fahd Complex. Madinah K.S.A
Yusof Qardawi (2005). Sistem
Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah-E- book.
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Qardhawi.html (2 of 2)30/06/2005 8:25:07.
retrived 12/4/2011
Yusuf Qaradawi (1997). The
Lawful and The Prohibited in Islam. Al-Falah Foundation For Translation,
Publication and Distribution. Cairo
[1] Lihat Robert Brunschvig, Besim S Hakim, Jean-Pierre
Van Staëvel, Simon O’Meara (2007) dan
antara kitab-kitab lama yang membicarakan tentang permasalahan dinding ialah Kitab
al-Qada’ wa nafy al-darar an al-afniya wa al-turuq wa al-judur wa al-mabani wa al sahat wa
al-shajar wa al-jami“
(The Book of Judgement and Elimination of Harm regarding Public Spaces,
Streets, Walls, Buildings, Courtyards, Trees, etc.), oleh Ibn al-Imam (d. 991 or 997) dan kitab al-I’lan bi-ahkam al-bunyan (The
Book of Pronouncing Building Rulings) oleh Ibn al-Rami, al-Marji
al-Thaqafi ’s (d. circa 1200) Kitab
al- Hitan (The Book of Walls) dan Kitab
al-Jidar (The Wall Book);
No comments:
Post a Comment